Amalan Mewujudkan Kasih Sayang Suami Isteri/Keluarga.

aku x ingat dpt info ni dr mane…tlupe plak….tp aku just nak share ngan sume je…untuk eratkan lagi hubungan kekeluargaan….happy family!!!….insyaallah…

 1) MEMBACA SURAT A-LI’IMRAN AYAT 31

Firma Allah: Katakanlah (wahai Muhammad):”Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan(Ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi.” Apabila sampai kepada ayat “yuhbibkumullah (nescaya Allah mengasihi kamu), maka niatkanlah nama suami (isteri), barulah disambung dengan ayat seterusnya.

(2) MENGAMALKAN SURAT YUSUF AYAT 4

Firman Allah:”(Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya:”Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan: aku melihat mereka memberi hormat kepadaku.”
(Ayat ini juga elok dibaca ketika hendak ditemuduga)

(3) UNTUK MELEMBUTKAN HATI SUAMI DAN JUGA ANAK, AMALKAN MEMBACA SURAH AL-HASYR AYAT 21

Firman Allah:”Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.”

(4) AYAT INI SESUAI DIBACA UNTUK MELEMBUTKAN HATI SESEORANG IAITU SURAH ASY-SYURA AYAT 19

Firman Allah:”Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) kepada hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

(5) PASANGAN SUAMI ISTERI JUGA HENDAKLAH SELALU MENGAMALKAN MEMBACA SURAH TOHA.

Baca dan tiupkan di ubun-ubun anak dan suami/isteri ketika mereka tidor. Surah ini bukan sekadar dapat melembutkan hati pasangan masing-masing serta anak, tetapi juga memberi kesan kepada hal-hal lain. Misalnya, ketika berhadapan dengan orang yang berdolak-dalih untuk membayar hutang, maka bolehlah dibaca ayat ini. Ayat ini juga sesuai dibacakan pada air minuman dan ketika membasuh beras.
(Hanya sesuai untuk pasangan suami-isteri dan anak-anak-pasangan yang halal dari segi hukum Allah).

 

suKa DuKa peNgliPur laRa…

Sekiranya kita telah di beri tugas dan tanggungjawab, sudah menjadi kewajipan kita untuk melaksanakannya dengan sebaik mungkin. Mungkin ada sesetengahnye yang hanya mengambil enteng tentang tugasan tersebut. Ini lebih merumitkan lagi sekiranya tugasan tersebut melibatkan banyak pihak.

kita rasa kita dah buat yang terbaik sedangkan orang sume menyalahkan kita. Perlu di pandang dari due sudut yang berbeza. Pertama, mungkin kita betul, kita buat sesuatu yang mungkin betul pada kita tapi tidak pada orang lain.kita berhak untuk mengikut naluri diri sendiri. yang kedua, mungkin tanggapan orang lain lebih tepat. jika diperhatikan, sekiranya kita mengikut hati nurani kita, kita akan rasa lebih selesa, tidak terkongkong dan bebas. tetapi pada masa yang sama sekiranya kita di peratnggungjawabkan untuk menjadi pemimpin, secara tidak langsung kita terpaksa berkorban untuk orang ramai dan tidak terlalau mementingkan diri sendiri.

Orang ramai telah melantik kita untuk menjad pemimpin mereka semata-mata mereka percaya dengan kebolehan yang kita ada untuk menerajui kepimpinan sesuatu organisasi. oleh itu tidak berbaloi rasanya jika kita mengabaikan kepercayaan orang yang telah mereka sandarkan di bahu kita untk membantu mereka…

renungkanlah….

TANDA-TANDA KEMATIAN!!!…

Tanda 100 hari sebelum hari mati

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

 Tanda 3 Hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.Tanda 1 Hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untukmenemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.Saling berpesan2lah sesama kita . 

MeOw!!

mEoW!!

Suke kucing x?? sy suke sgt ngn kucing sebab kucing comel…ade orang cakap klu kita sayang pada kucing boleh menunjukkan sikap seseorang. Contohnya, menurut ape yang saye kaji dan saya teliti, klu orang tu jahat mane sekalipun, klu die sayang pada binatang terutamanya kucing, sebenarnya orang tu sgt penyayang. Ini menurut ape yang dah saye kaji la…klu anda nak tahu kebenarannya…cube kaji sendiri….tapi ini hanya pandangan saya….pandangan setiap manusia itu berbeza…sejauh mane kebenarannya….saye pun tak tau…tapi sekurang-kurangnya ape yang saye tgk sebelum ni, mmg ade kebenarannya.

Kucing adalah satu makhluk ciptaan Allah. bernafas, makan, minum, bermain, sumenye lebih kurang macam ape yang manusia perlukan. saye pernah dengar satu statement yang menyatakan bahawa sekiranya kita pelihara haiwan peliharaan kita dengan baik, kita kan panjang umur…haiwan yang kita pelihara tu mendoakan kesejahteraan kita…tapi kadang-kadang orang tak tahan dengan kucing, ade yang alah, ade yang fobia, ade jugak yang geli ataupun takut. Ini mungkin di sebabkan beberapa faktor. Mungkin sebelum ni pernah terjadi sesuatu sehingga menyebabkan seseorang itu fobia ataupun takut dengan kucing.

Self Confidence

nEw KNowlEdGe….

Assalamualaikum….salam pembuka bicara, wadah yang bernas menjadi pemangkin kepada kehidupan yang lebih teratur dan lebih maju. Kehidupan yang serba canggih kini memerlukan kepakaran dan pengetahuan tentang isu-isu semasa serta perlu berfikiran positif bagi membolehkan kita menangani masalah, mengubah kesalahan ataupun melakukan sedikit anjakan paradigma. Ini bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang berdaya saing serta mampu membawa daya pemikiran ke satu tahap yang dunia luar pun memandang tinggi pada diri kita. Secara tidak langsung kita juga membawa imej diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Keyakinan diri penting dalam setiap diri individu. Seharusnya ibu bapa memainkan peranan penting bagi mendidik anak-anak mereka supaya dapat membina keyakinan diri yang tinggi. Ibarat pepatah melayu ada menyatakan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pepatah ini bukan sahaja sesuai untuk sikap manusia tetapi juga sesuai untuk apa sahaja asalkan ianya boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian kita.

Apa yang kita dapat lihat kebiasaannya pada hari ini ramai diantara kita yang kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Ini adalah disebabkan beberapa faktor yang perlu diambil kira. Contoh yang paling delat yang boleh diambil adalah sesi presentation. Ramai yang kurang keyakinan bila berhadapan dengan situasi sebegini. Mereka kurang berkeyakina untuk bercakap dan memberikan penerangan. Alasan yang biasanya akan diberikan adalah mereka malu untuk berhadapan dengan ramai orang. Malu untuk bersuara, malu dengan penampilan diri ataupun malu sekiranya di kritik oleh orang lain. Sekiranya diambil dari sudut yang positif, malu dengan kritikan orang lain sebenarnya boleh menjadi satu suntikan semangat supaya kita lebih berdaya maju dan memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik.

Untuk menjadi seorang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan mengharapkan orang turut tidak memandang rendah pada diri kita, kita perlu yakin dengan diri kita sendiri. Tiada siapa yang akan yakin dengan diri kita kalau bukan kita yang memulakan dulu. Apabila kita respect diri kita, orang lain turut berbangga dengan diri kita.

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!